Sudut Pidato (Singapura)
Sudut Pidato (Singapura)

Sudut Pidato (Singapura)

Sudut Pidato Singapura (Cina: 演说者角落, Inggeris: Singapore Speakers' Cornercode: en is deprecated ) adalah versi tempatan untuk Sudut Pidato London, di mana orang-orang awam dapat memberi ucapan dan terlibat dalam perdebatan awam. Dilancarkan pada 1 September 2000, Sudut Pidato Singapura didirikan kerana pengkritik mendakwa undang-undang penapisan tegas Singapura tidak memberikan cukup ruang untuk perdebatan orang ramai.Sudut Pidato terletak di Taman Hong Lim, dengan sempadan ditandakan secara jelas. Ia telah dipilih kerana ia adalah sebuah tempat masyhur untuk perhimpunan politik pada zaman 1950-an dan 60-an. Ia dibuka dari 7:00 pagi hingga 7:00 petang untuk warga-warga memberikan pidato dan debat awam.Orang pertama yang bercakap adalah En Lim Kian Heng, berusia 40 tahun. Dia bercakap tentang keadaan penguatkuasaan undang-undang di Singapura. Secara jumlahnya, 19 orang mendaftar untuk bercakap pada hari pembukaan itu.Pada hari ini, keghairahan awal telah merosot, dan terdapat sedikit sahaja penonton di sudut ini. Dalam sebuah dokumentari didana negara The History of Singapore (2006), Menteri Kanan Goh Chok Tong dipetik mengatakan bahawa "pada saya ia [Sudut Penutur] sangat berjaya, kerana sangat sedikit orang pergi ke sana untuk berpidato".[1]